Bila Anaqi Nak Dapat Adik? Tolong Jangan Tanya, Susah Nak Jawab - Shera Aiyob

Rozaimi Zubaidi
November 1, 2017 06:10 MYT
Pelakon Shera Aiyob meminta agar peminatnya tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai zuriat yang seterusnya.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG), Shera telah berkongsi sekeping gambar dirinya bersama pasangan bayi kembar dan berharap agar peminatnya dapat mendoakan agar dia serta suaminya, Zahiril Adzim diberikan zuriat kedua kelak.
“Bila Anaqi nak dapat adik pula. Tolong jangan tanya lagi soalan macam tu. Susah nak jawab. Dia Maha Mengetahui. InsyaAllah jika direzekikan. Doakan kami ya," tulisnya.
Rata-rata peminat mendoakan agar dia serta suami akan dimurahkan rezeki dan berharap agar Anaqi akan segera mendapat adik.
@harnidajul: 'Insha Allah nanti ada rezeki Anaqi untuk dapat adik. Ameen.
@ladylizazera: 'Allah akan bagi apabila tepat pada waktunya. Semoga Shera dan suami tidak berputus asa.
@puterifarah1511: 'Memang taknak tanya soalan itu kerana rezeki semua merupakan urusan Allah.
@ffiiiddaa: 'Insha Allah rezeki itu pemberian dia @sheraaiyob. Sabar jela kerana kakak selepas 13 tahun baru dapat yang ke 2. Alhamdulillah.
#pelakon #Zahiril Adzim #Shera Aiyob #Pelakon