,
Laman Utama

“Bila Baby Tu Merangkak Dekat Jejantas…” - Netizen Sayu, Pemandu Treler Berhenti Di Tepi Jalan, Berlari Jumpa Anak-Anak

Mya Amri
08/07/2023
02:55 MYT
Tindakan pemandu treler yang berhenti di tepi jalan dan berlari di atas jejantas sebelum meluru memeluk anak-anaknya mengundang sebak netizen.
Video tular itu merakamkan pemandu tersebut menghentikan treler yang dibawanya semata-mata untuk bertemu keluarga walaupun hanya seketika.
Difahamkan momen itu dirakamkan ketika dalam perjalanan menghantar bekalan dan sudah dua hari tidak berjumpa keluarga.
@haji_ghaaporr93 rindu seorang pemandu lori pada anak isteri nya.. maafkan ayah nak, ayah jarang balik.. ?#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #truckersoftiktok #abgloritiktok #abgtankersimen #ytl #rindu #sayangsampaimati ♬ bunyi asal - hilang
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak melihat pengorbanan seorang bapa mencari rezeki biarpun terpaksa menahan rindu berpisah dengan keluarga.
Antara komen yang diterima:
“Ya Allah dengan aku aku banjir tengok video ni, permudahkanlah urusan abang ni,”
“Paling sayu bila lihat baby tu merangkak atas jejantas untuk peluk ayah dia. Sebaknya,”
“Bila bapa dia berlari dari bawah naik tangga jejantas dan terus peluk anak… Ya Allah… sebaknya,”
Jadi kepada pembaca Gempak, sama-sama kita doakan agar segala urusan para bapa yang mencari rezeki dipermudahkan ya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.