Diam seketika, timbul balik, senyap sekejap, ada semula! Tak habis-habis lagi video bogel dan gambar tidak senonoh artis-artis tempatan ini. Yang peliknya, hampir semua video artis lelaki.

Terbaru adalah video seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik. Peliklah! Korang memang tak percaya dengan bakat ke? Korang rasa dengan cara ini followers di Instagram akan meningkat? Korang rasa dengan adanya video ini 'jobs' lakonan akan semakin banyak?

Saya rasa di dalam fikiran mereka, semua soalan yang saya tanya di atas akan dijawab 'Ya!'. Cara paling cepat untuk naik dan untuk popular adalah dengan menayangkan bahagian sulit mereka. Buat video, sebarkan dan cuba letakkan kesalahan pada orang lain apabila sudah viral.

Perkara biasa yang terjadi sebelum ini. Saya sebenarnya terkilan dengan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik ini. Namanya semakin disebut-sebut di dalam industri. Lakonannya memang bagus, rupa pun ada! Jadi apa perlunya buat video tidak senonoh? Apalah yang dia akan dapat apabila video tersebut viral?

Mungkin dia merasakan video artis-artis lelaki menunjukkan alat sulit sebelum ini tidak menjatuhkan artis tersebut, malah menaikkan lagi nama mereka. Ya, mungkin itu yang ada dalam fikiran dan mungkin itu yang ingin diikuti.

Kalaulah perkara ini wujud dalam semua mereka yang ingin memasuki industri, mungkin dalam masa dua tiga tahun lagi, industri seni kita akan penuh dengan video-video viral artis-artis tempatan.

Bak kata orang sekarang, 'kalau ada cara mudah, buat apa cara susah; kalau boleh famous cepat, kenapa nak tunggu lambat-lambat'.

Hilang sudah didikan agama. Tidak peduli lagi sudah dengan nama baik keluarga dan kaum kerabat. Tidak ada rasa malu sudah apabila orang terdekat sudah boleh melihat alat sulit yang sepatutnya menjadi aurat.

Kalau ada yang sibuk bertanya siapa, jangan bimbang. Tak lama lagi viral lah video pelakon ini. Saya tidak kisah dia mahu terkenal dan sebagainya, tetapi saya terfikirkan ayah, ibu dan keluarganya. Apalah perasaan mereka sewaktu secara tidak sengaja terlihat video tidak senonoh itu.

Entahlah, tepuk dada tanya selera.

Salam Jumaat dan jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Video Viral

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.