Hiburan

Hadiah Patung Beruang, Lagu K-pop, Bollywood Hangatkan Suasana Konsert Memori Mungkin Berulang Siti Nordiana & Tomok

gempak
Umirah Halim
03/02/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Hadiah Patung Beruang, Lagu K-pop, Bollywood Hangatkan Suasana Konsert Memori Mungkin Berulang Siti Nordiana & Tomok
Demi memeriahkan suasana, pasangan penyanyi popular, Tomok dan Siti Nordiana menyampaikan lagu genre K-Pop dan Bollywood di Konsert Memori Mungkin Berulang yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Pasangan itu menarik perhatian apabila menyampaikan lagu Kill This Love yang dipopularkan kumpulan Blackpink serta dua lagu Hindi popular berjudul Kuch Kuch Hota Hai dan Koi Mil Gaya nyanyian asal Jatin-Lalit, Udit Narayan, Alka Yagnik.

Imbau nostalgia ASGV

Kata Tomok, meskipun sukar, lagu K-pop itu didendangkan kerana mahu mengimbau semula kenangan mereka sewaktu berada di pentas akhir program realiti, All Stars Gegar Vaganza 2023.

"Lagu ini dinyanyikan ketika kami menyertai program All Stars Gegar Vaganza pada 2023," kata Tomok sebelum membuat persembahan.

Secara keseluruhan, konsert berdurasi dua jam setengah itu menyaksikan Tomok dan Siti Nordiana menyampaikan sebanyak lebih 20 buah lagu.
Antara koleksi lagu yang dipilih termasuklah Tatasuria, Cinta Hanya Sandaran, Hiasan Di Laman Rindu, Hatiku Milikmu, Hanya Tinggal Sejarah, Seribu Setia, Meraung, Terus Mencintaimu serta lagu duet, Memori Mungkin Berulang.
Selain lagu hits, mereka juga sempat mendendangkan lagu duet yang pernah dipopularkan Siti Nordiana bersama Allahyarham Achik Spin iaitu Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih.
Bukan itu sahaja, Tomok juga menghadiahkan patung beruang kepada kira-kira 1,500 penonton bertuah sambil mengakhiri persembahan dengan lagu Paling Comel.
Konsert anjuran Tomok di bawah syarikatnya, Popsicle Records ini menyaksikan pasangan ini kali pertama bergabung untuk mengimbau memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.

BERITA BERKAITAN: Cipta ‘Memori Berkasih’ Atas Pentas Lautan, Tomok & Siti Nordiana Berjaya Hiburkan 600 Peminat Menerusi Live Music @ Sea

BERITA BERKAITAN: Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”

BERITA BERKAITAN: Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024