“Bila-Bila Masa Saja” - Kandungan Mawar Cecah 9 Bulan, Fizo Omar Tak Sabar Sambut Anak

Mya Amri
Disember 25, 2017 05:26 MYT
Pelakon Fizo Omar akui berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana isterinya, Mawar Abd Karim yang hamil sembilan bulan bakal bersalin bila-bila masa.
Menerusi beberapa siri foto beserta kapsyen yang dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan Fizo tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak perempuannya.
Foto-foto yang dikongsi juga merakamkan wajah Fizo dan Mawar yang kelihatan begitu ceria dan berseri.
“Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam, malam-malam gosok perut, tau-tau dah sembilan bulan dah.
“Bila-bila masa saja dari sekarang! #parentwannabe,” tulisnya pada salah satu entri yang dimuat naik.
Manakala Mawar pula bergurau dan memberitahu masih belum puas lagi menikmati makanan yang enak.
“Menghitung hari dan menghitung makan yang belum ditunaikan.
“Sabar ya anak bagi masa kita rasa makan yang sedap-sedap dulu ya,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.
Tidak ketinggalan juga rakan artis antaranya Datin Zizie Ezette, Fadzil Zahari dan juga Saharul Ridzwan turut mendoakan kesejahteraan Mawar.
“Semoga dipermudahkan belaka boh. Amin Ya Rabbal Alamin,” - @saharulridzwan
“Baby kita lahir nanti almost at the same time ni, InshaAllah, semoga dipermudahkan, amin,” - @zizieizette
“Alhamdulillah brother,” - @fadzilzahari
Foto: Instagram @fizoomar / @mawar_karim
#pelakon #Hamil #Fizo Omar #Hamil #Pelakon