Laman Utama
“Bila Call Ayah Cakap Sempurnakan Kerja Di Sana Kerana Allah” – Sakit Makin Berat, Ebit Lew Mohon Doakan Bapa
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bapanya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ebit memaklumkan kondisi bapanya kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.
Dalam entri yang sama juga, Ebit memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bapanya.
“Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh.
“Ya Allah sembuhkanlah ayah ku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…
“InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” tulisnya.
Difahamkan, pendakwah kesayangan ramai ini masih lagi belum pulang ke tanah air kerana melaksanankan misi kemanusiaan di Gaza.
Sebelum ini, Ebit dilaporkan berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi tersebut bermula 25 Mei hingga 30 Mei 2021.
Walaubagaimanapun, tidak pasti sama ada Ebit Lew masih berada di Mesir ataupun sudah memasuki Gaza.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat hero kesayangan ini.