"Bila Dapat Tahu Gugur Lagi, Jantung Rasa Terhenti" - Putri Najuwa Dua Kali Keguguran, Tak Putus Asa Buat Rawatan IUI Lepas Raya
Amri Hassan
19/04/2022 04:55 MYT
19/04/2022 04:55 MYT
Pelakon Putri Najuwa akan memulakan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha mendapatkan zuriat selepas sambutan Syawal pada Mei ini.
Dedah Najuwa, 35, rawatan itu dilakukan selepas dua kali percubaan untuk mendapatkan zuriat gagal apabila kandungannya mengalami keguguran pada September 2021 dan Februari 2022.
"Belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun berkahwin. Saya gugur dua kali dan insya-Allah selepas sambutan Aidilfitri ini saya akan memulakan rawatan IUI.
"Saya sedar saya gugur, kedua-dua kandungan itu baru berusia sebulan. Ketika dapat tahu saya gugur, jantung rasa terhenti. Iyalah, kita dah tunggu lama, sekali tak ada rezeki tapi reda sajalah.
"Doktor kata had usia saya (untuk buat rawatan) sehingga 36 tahun sahaja. Disebabkan itu juga saya juga akan lebih 'cerewet' untuk memilih produk makanan untuk dipromosikan.
"Kerana masalah dengan kesuburan saya adalah berkaitan dengan pemakanan saya. Tapi saya tak ada isu yang teruk, saya masih boleh hamil secara semula jadi cuma masalahnya pada dinding ovari nipis," katanya kepada Gempak.
Najuwa ditemui pada majlis pelancaran produk Kukur Royale dan majlis ihya Ramadan bersama 150 anak-anak yatim dan asnaf di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Enggan terus berduka, kata Najuwa dia percaya perancangan Allah yang terbaik dan mengharapkan rezeki untuk menimang zuriat pada masa terdekat.
"Saya bukan orang suka bersedih dan berduka. Bagi saya kehidupan saya adalah susunan Allah, saya memang sedih, kadang-kadang terduduk juga kenapa tak ada rezeki. Tapi reda saja, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti pada masa akan datang.
"Doktor pun cakap, bila pertama kali periksa bayi dah ada heartbeat tapi kemudiannya berhenti. Ia bukan satu kombinasi baik. Saya okey saja, kalau terus berfikir akan rasa sedih," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Najuwa dilantik sebagai wajah rasmi untuk produk kulat sisir premium, Royale Kukur untuk tempoh sepanjang Ramadan ini.
Produk Royale Kukur telah dianugerahkan Excellence in Kukur Mushroom Production 2022 oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur pertama di Malaysia.
Royale Kukur diinspirasikan oleh dua beradik kerabat diraja Pahang, YM Tengku Datin Nazaziah Tengku Abdullah dan adiknya, YM Tengku Roziah Tengku Abdullah.
Cendawan kukur merupakan salah satu sumber keperluan tambahan untuk protein, tinggi anti oksida, kaya dengan vitamin B dan D serta dapat menguatkan sistem imun badan.
Untuk rekod, Najuwa telah berkahwin dengan usahawan Muhammad Zaid Samsuri pada September 2017 selepas 10 tahun perkenalan.