Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid

Amri Hassan
07/11/2024 00:31 MYT
Komposer lagu viral dengan lirik catchy 'bea soba bea' berjudul Cinta Setandan Pisang, Eddie Hamid akui perasaannya kini bertukar menjadi sedih setiap kali mendengar lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo itu.

BERITA TRENDING: Eda Ezrin & Den Manjo Viral Lagi Dengan Cinta Setandan Pisang, Lagu Loghat Kelantan Mendunia Di TikTok, Stesen Radio!

Jelas Eddie, apabila kali mendengar lagu itu diputarkan di radio terutamanya di Kelantan, setiap bait lirik yang ditulis oleh Mama Ana & Fadhil Turbo itu menyampaikan makna yang mendalam.

"Pertama kali dalam sejarah, bila saya dengar lagu Cinta Setandan Pisang, mood saya berubah menjadi sebak dan sedih. Lirik-lirik itu menyampaikan makna berbeza. Sampai sayu rasanya...


"Lagu itu menterjemahkan emosi yang cukup mendalam. Contohnya lirik 'dalam setandan pisang, bukan semuanya buruk belako', maknanya manusia ini pasti akan ada yang buat silap.

"Berbeza sangat perasaan ketika awal-awal merakamkan lagu ini bersama kedua-dua penyanyinya awal tahun ini," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: ‘Bey Sobar Bey’ Mendunia, Juventus Guna Lagu Cinta Setandan Pisang Pada Salah Satu Video Di TikTok!

BERITA TRENDING: Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”

BERITA TRENDING: Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

Lagu yang viral sejak pertengahan tahun 2024 itu telah ditonton sebanyak lebih 23 juta kali di YouTube rasmi Kijang Music.

Mengulas lanjut akan impak lagu itu ketika ini, tambah Eddie, lebih banyak pelayar dari negara jiran Thailand singgah meninggalkan komen di video lagu Cinta Setandan Pisang itu.

"Tak semena-mena sekarang ini YouTube rasmi Kijang Music 'diserang' netizen, ada banyak pengguna dari negara jiran Thailand masuk dan tulis komen yang saya sendiri pun tak faham.

"Selain itu, ada macam-macam juga komen ditulis pengguna media sosial, termasuk yang tukarkan lirik 'bea soba bea' kepada 'bea kuda bea', tapi saya tak ambil hati pun," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Eddie menjelaskan dua buah lagu baharu bersama Eda dan Den Manjo berjudul Tokleh Nok Soba dan Bea Soba Bea Rayo terpaksa ditangguhkan.

"Sepatutnya kita rakamkan lagu itu beberapa hari lepas, tapi kita terpaksa tunda atas masalah tak dapat dielakkan.

"Jujur saya katakan saya memang mahukan dia (Eda) untuk menyanyikan kedua-dua lagu ini dan saya harapkan dia untuk menyanyikan lagu-lagu itu bersama Den Manjo.

"Ramai yang tanya saya macam-macam mengenai Eda, apa yang boleh saya katakan, saya masih mengharapkan dia balik," katanya.

Tambah Eddie, lagu berjudul Tokleh Nok Soba sepatutnya dijangka lancar pada Disember ini manakala, lagu Bea Soba Bea Rayo akan dilancarkan pada bulan Mac 2025 menjelang Aidilfitri.

Terdahulu, media melaporkan penangkapan enam individu termasuk seorang penyanyi wanita popular di Kelantan antara yang ditahan di Sungai Golok, Thailand berkaitan kes dadah membabitkan 6,000 pil kuda.

Semua individu berkenaan disahkan positif dadah, dengan masing-masing tidak boleh diikat jamin sepanjang tempoh siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa Thailand selama 84 hari.


#Eddie Hamid #Den Manjo #Eda Ezrin #Cinta Setandan Pisang #Bea Soba Bea
;