Laman Utama

Bila Dua Vokalis Terbaik Negara, Hafiz Suip & Ernie Zakri Bergabung Dalam ‘Berakhirlah Pencarianku’…Fuh!

Fiza Kamarudin
01/08/2021
11:46 MYT
Kualiti vokal dua penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Suip dan Ernie Zakrie tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kelebihan dimiliki mereka berdua berjaya meletakkan diri mereka di kelas teratas kalangan penyanyi-penyanyi di Malaysia.
Malah, baik Hafiz mahupun Ernie, mereka boleh dikatakan antara penyanyi terbaik negara ketika ini.
Hampir semua lagu yang dilancarkan mereka berjaya mendapat tempat di hati pencinta muzik sekali gus meraih pengiktirafan membanggakan.
Selepas masing-masing mencapai puncak kerjaya, persembahan mereka pada acara Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) tahun lalu membuka ruang bagi kedua figura terkenal ini meneruskan kerjasama mereka menerusi lagu duet terbaru, Berakhirlah Pencarianku.
Gandingan Hafiz dan Ernie menerusi lagu ciptaan komposer hangat masakini, Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik oleh penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida itu menjadikan lagu terbitan bersama syarikat Nova Music dan Rocketfuel itu cukup istimewa.
Menariknya, lagu Berakhirlah Pencarianku itu adalah kerjasama pertama antara Nova Music dan Rocketfuel Entertainment.
Hafiz, 31, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip berkata, tidak ada sebab untuk dia menolak tawaran bergandingan dengan Ernie.
“Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Dalam masa sama dia juga seorang guru vokal.
“Saya tahu dia berbakat besar dan pernah menang vokal terbaik. Apabila kami diberi peluang berduet pada ABPBH tahun lalu, saya berasakan ia kerjasama yang cukup menarik.
"Dari situ kami berborak dan diakui dia seorang yang senang jalin kerjasama termasuk ketika menyanyi bersama. Sama juga dengan pasangan duet saya yang lain sebelum ini.
“Dengan kelebihan yang dimiliki beliau, siapa yang tak nak berduet dengan dia?” katanya.
Sementara itu, Ernie, 29, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menyifatkan kerjasama menerusi lagu duet Berakhirlah Pencarianku dengan Hafiz sesuatu yang cukup bermakna dalam kerjaya seninya.
“Sejujurnya saya banyak berfikir juga di peringkat awal untuk melibatkan diri dalam projek ini sebab saya baru lancar lagu duet dengan Syamel iaitu Goodbye Hello yang merupakan lagu perkahwinan kami.
“Tapi apabila dinasihatkan oleh syarikat pengurusan saya bahawa ini adalah peluang keemasan bagi saya, saya berasa rugi kalau ditolak
“Kita perlu tengok juga pada fokus. Kebanyakan orang tak boleh ada dua tiga fokus perkara yang nak dibuat. Jadi kami pun berbincang.
“Pada kami, tidak akan timbul sebarang isu asal saja semua tahu komitmen kita apa dan untuk apa.
“Ketika mula diberitahu mengenai projek ini, saya terus terbayang wajah Syamel sebab dari dulu lagi kami saling bekerjasama dalam lagu duet.
“Tapi mungkin disebabkan saya pernah bekerjasama dengan Abang Hafiz pada ABPBH, saya berasakan Abang Hafiz juga rakan duet yang baik buat saya. Sebab kerjasama dan kefahaman kami itu dah ada,” katanya.
Single duet terbaru, Berakhirlah Pencarianku nyanyian Hafiz Suip Dan Ernie Zakri terbitan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment telah dilancarkan pada 30 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

gempak
23/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

Pelbagai Spekulasi Timbul, Hafiz Suip Kongsi Foto Sahabat Sejati - “Diorang Tak Ada Assume Atau Tuduh Aku Bukan-Bukan Sebab…”

gempak
04/06/2024
00:55 MYT
Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai rumah tangga penyanyi Hafiz Suip dengan isterinya iaitu Nureffy Jesreel Abdullah selepas dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu.