Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang masalah apabila digandingkan dengan hos yang berbeza semenjak Neelofa mengundurkan diri daripada program MeleTOP.

Semenjak awal tahun ini, Nabil digandingkan dengan ramai pengacara wanita seperti Sherry Alhadad, Jihan Muse, Elly Mazlein, Nora Danish dan ramai lagi.

"Saya terbuka untuk dipasangkan dengan mana-mana selebriti yang diundang sebagai pengacara bersama di MeleTOP

"Pihak produksi mesti ada alasan sendiri mengapa konsep tersebut dilakukan sehingga kini.

"Elly Mazlein, Sherry Alhadad dan Jihan Muse mempunyai 'tenaga' yang sama seperti saya, mereka memang ngam.

"Sebenarnya, bila sering bertukar-tukar pasangan pengacara, boleh dikatakan saya kini berada di peringkat ‘reda’.

"Apa yang produksi cadangkan, saya okay sahaja asalkan kami boleh berikan yang terbaik," kata Nabil.

Tambah figura yang berasal dari Negeri Sembilan itu, dia sendiri tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mempunyai pengacara gandingan yang kekal.

"Jujurnya, sampai ke hari ini, saya tak pernah lagi suarakan keinginan kepada pihak produksi untuk diberikan seorang rakan hos yang sama dan tidak bertukar-tukar setiap minggu.

"Tak pernah lagi saya cakap kepada mereka kerana bagi saya ia mungkin ini antara strategi pemasaran. Pihak produksi pastinya lebih tahu bab-bab sedemikian.

"Asalkan rakan hos saya itu seronok, fun dan tidak tergagap-gadap ketika show, saya okay sajalah.

"Kalau penonton tanya mengapa Nora Danish diundang beberapa kali sebagai hos jemputan, itu sebab saya yang minta.

"Saya sukakan Nora kerana saya rasa 'gembira' bila dapat ‘membahan’ dia. Contohnya bila kami bergurau begitu, saya rasa macam kelakar. Itu pada pendapat sayalah.

"Tambahan pula, saya selesa dengannya kerana ia mengingatkan saya pada musim awal MeleTOP ketika saya bergandingan dengan Neelofa.

"Saya dan Neelofa bersama selama lapan tahun, mengacararakan 370 episod. Kami tiada tekanan kerana saling membantu,” jelasnya lagi.

Alhamdulillah... dapatkan @sugarbombhq

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Nabil ditemui di majlis pelancaran produk pewangi Nabil x Sugarbomb x Achey di Shah Alam baru-baru ini.

Majlis pelancaran produk itu turut dihadiri Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim

Mahu membantu golongan yang terjejas berikutan pandemik COVID-19, Nabil dan Achey menjalin kerjasama dengan jenama terbabit dalam menghasilkan produk pewangi kereta dan minyak wangi.