Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bila Mawar Rashid Warnakan Rambut Untuk Raya... Netizen Tanya, "Sah Ke Untuk Solat?"

Zulaikha Yusof 26/05/2019 | 17:09 MYT
Pelakon Mawar Rashid telah memuat naik sekeping foto perubahan warna rambutnya di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.
Foto tersebut menunjukkan rambut Mawar yang telah diwarnakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
"Rambut raya. Warna ash ada blue sikit. So that basuh few times nanti dia akan jadi warna ash brown," tulisnya sebagai kapsyen.
Namun, warna rambut tersebut menjadi perhatian netizen yang mempunyai perasaan syak wasangka untuk dibawa semasa bersolat.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif serta memuji penampilan baru Mawar.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.
Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Rambut Raya. Warna ash ada blue2 sikit2. So that basuh few times nanti dia akan jadi warna ash brown?

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

#pelakon #Pelakon #Mawar Rashid
;