Hiburan

"Bila Mommy Tengok Sebak Pulak..." - Ini Ucapan Niena Baharun Sempena Hari Kelahiran Anak

gempak
Asraf Aided
25/10/2019
10:40 MYT
Sponsor Banner
"Bila Mommy Tengok Sebak Pulak..." - Ini Ucapan Niena Baharun Sempena Hari Kelahiran Anak
Pelakon Datin Niena Baharun menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Adiel Mikael yang pertama.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Niena, pada mulanya dia mahu memuat naik foto 'throwback' Adiel, namun dia tidak mahu berbuat demikian kerana berasa sebak.
"Ingat nak throwback gambar @adielmikael time baby, tapi bila mommy tengok sebak pula sorang-sorang, hanya ibu-ibu yang faham perasaan dia.
"Sempena Adiel dah setahun,Mommy doakan semoga Adiel sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.
"Semoga membesar menjadi anak yang soleh, semoga Allah menjagamu, memberi yang terbaik buatmu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Niena turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan anaknya itu.
Imbas kembali, Niena dan suaminya, Datuk Aliff Firdaus mendirikan rumah tangga pada 1 Feberuari 2018, manakala Adiel dilahirkan pada 24 Oktober 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024