Hiburan

“Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai

gempak
Mya Amri
21/02/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Orang Puji Jangan Meninggi Diri, Selalu Rasa Ada Kekurangan” - Siti Titip Nasihat, Doakan Yang Terbaik Buat Umai
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan nasihat buat anak saudaranya iaitu Ummi Umairah.
Nasihat itu diberikan Siti susulan Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai mendapat pujian ramai ketika membuat persembahan secara spontan bersama penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, sewaktu Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, baru-baru ini.
Bangga dengan pencapaian Umai, Siti menasihatkan anak saudara kesayangannya itu supaya sentiasa merendah diri dan jangan berhenti belajar.
“Alhamdullillah, ini permulaan yang baru… Masih jauh perjalanan Umai.. Selalulah belajar dan jangan berhenti belajar.
“Bila borang puji, jangan meninggi diri ye Umai... Selalu hormat orang lebih senior, selalu rasa ada kekurangan,” tulisnya menerusi ruangan komen di Instagram.
Dalam pada itu, Siti juga mendoakan agar Umai berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Makiti doakan Umai berjaya dalam setiap apa yang Umai lakukan. Allah, Rasul, ayah dan ibu jangan sesekali di lupakan, Insya-Allah, selamat hidup,” pesannya.

BERITA TRENDING: “Bila Cecah Umur 16, Dia Akan Jadi Monster” - Ramli MS Puji Bakat Yang Ada Pada Anak Buah Siti Nurhaliza

Terdahulu, Umai mencetuskan rasa bangga dan dipuji netizen apabila berkongsi pentas secara spontan dengan Cakra Khan dalam Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live