,
Hiburan

"Bila Papa Tengok Video Ni, Mata Papa Masuk Habuk" - Fizz Terharu Anak...

Badrul Hashim
27/08/2020
03:12 MYT
Beberapa hari lalu, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz yang juga merupakan seorang pelakon, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital kerana mempunyai batu karang dalam hempedu.
Baca: Ada Batu Karang Dalam Hempedu Almy, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu
Almy dimasukkan ke Hospital Columbia, Setapak, dan menurut Fizz keadaan Almy stabil. Namun, satu perkongsian video tentang anaknya yang turut membantu adik-adiknya yang lain menyebabkan ramai yang sebak.
Video tersebut dikongsi oleh Fizz sendiri di Instagram miliknya.
"Bila papa tengok video ni, mata papa masuk habuk. Tak tahu nak cakap, dengan keadaan mama dia sakit. Tapi papa bersyukur dapat anak yang paham dan rajin macam kakak.
"Thank you kakak.. bantu papa, faham mama sakit. Love you sayang... @almynadiaofficial," tulis Fizz Fairuz pada entri tersebut.
Almy Nadia yang turut melihat video tersebut juga terharu dengan sifat anaknya yang membantu walaupun pada usia yang masih kecil, tetapi memahami keadaan yang dialami.
"Itulah Arianna, bila susah, nampak sangat-sangat membantu dan memahami keadaan mama, papa dan family. Syukur Ya Allah. Mama tengok video ni pun mama (menangis). Thank you love sebab jaga anak- anak masa mama sakit. Thank you love," tulis Almy di ruangan komen.
Rata-rata memuji sifat tanggungjawab Arianna sebagai seorang kakak biarpun usianya terlalu mentah.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.