Laman Utama

“Bila Saya Zoom, Saya Rasa Bonda Ni …” - Netizen Risau Mak Aliff Syukri Makin Kurus

gempak
Izwan Isa
08/11/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Bila Saya Zoom, Saya Rasa Bonda Ni …” - Netizen Risau Mak Aliff Syukri Makin Kurus
Sejak kebelakangan ini, banyak perkongsian yang dibuat oleh ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita menerusi akaun Instagramnya.
Banyak hal-hal positif diceritakan kepada pengikut, termasuk soal kehidupan, peribadi dan juga bisnes.
Sungguhpun ramai yang menyambut baik perkongsian berkenaan, namun, tidak kurang ada yang menyedari perubahan fizikal Bonda Rozita yang dikatakan terlalu kurus.
Hal ini dinyatakan oleh pengikutnya menerusi ruangan komen di salah satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
“Bila saya zoom, saya rasa bonda ni kurus sangat, elok tambahkan berat badan sikit.”
“Kita dah berumur Bonda, tak elok kurus sangat, ni dah terpaling kurus saya tengok.”
“Kenapa terlalu kurus ni? Saya suka tengok yang macam dulu.”
Begitupun, ada juga yang berpendapat yang perubahan fizikal seseorang itu tidak elok untuk ditegur atau dibincangkan.
“Saya tak rasa anda patut komen kurus ke gemuk ke. Jaga badan masing-masing sudahlah. Apa ke sibuk nak komen fizikal dan penampilan orang. Takda kerja sangat dah ke? Cubalah baca isi caption Bonda tu, ambil manfaat dari penulisannya,” tulis salah seorang pengikutnya.
Terdahulu, menerusi tinjauan Gempak pada balasan-balasan komen pengikutnya di Instagram, Bonda Rozita mengakui yang dia boleh turunkan berat badannya sehingga 500 gram sehari.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live