“Bila Tahu Pengarah Dia Khir Rahman Boleh Agak Mesti Padu!” - Arwah Pak Mat Lif & AJK Mantap!

Mya Amri
Jun 15, 2021 12:15 MYT

Filem arahan Khir Rahman berjudul Pak Mat Lif & AJK ternyata mengubah persepsi ramai penonton yang selama ini skeptikal dengan karya tempatan, membuat pusingan 'U-Turn'.

Malah, Pak Mat Lif & AJK juga berjaya menepis tanggapan sesetengah pihak yang sebelum ini hanya menilai sesuatu karya hanya berdasarkan kualiti poster.

BACA: “Jangan Nilai Berdasarkan Poster Please”– Lulus! Kudos To Khir Rahman, Ramai Puji Arwah Pak Mat Lif & AJK

Menerusi pemantauan di Twitter, ramai yang memuji filem ini lain daripada yang lain.

Kebanyakan mereka tidak menjangkakan elemen yang ditampilkan dalam drama ini sangat bagus memandangkan ia hanya mengangkat tema tentang nilai hidup berkomuniti disamping ada pengajaran yang cuba disampaikan.

Antaranya mengingatkan kesedaran tentang hidup majmuk, mengambil berat tentang jiran tetangga, sentiasa bersapa dan membantu antara satu sama lain agar tiada yang rasa keseorangan.

Once aku tau pengarah film arwah pak mat, lif & ajk ni Khir Rahman aku expect mmg movie ni penuh content. Cite ni realiti beb, bile kau tinggal tingkat 25 rumah flat, lpstu ade kematian dan lif pulak rosak, apo ekau nak buek? Mcm mano? Memang bijakk Khir rahman, orang teater kann

— Truffle ™ (@MuhamadHaziqZ) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@KhirRahman Citer arwah pak mat lif & ajk mmg best.. bila tau arahan abg khir terus sya beli.. mmg minat karya lakonan dan nyanyian abg.. semoga abg terus suksess.. karya yg mempunyai maksud dan mesej yg padu #ArwahPakMatLifdanAJK #terbaik

— ietacham (@ietacham) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Arwah Pak Mat Lif & AJK review Filem yang relatable dgn hidup kita sbg masyarakat. Plot yg mudah dgn situasi2 yg menarik hingga ke penghujung. Karakter2 yg aktif dan tidak membosankan atau menjengkelkan. 4/5 stars. pic.twitter.com/67GBq7CPvr

— Shaft_Farizal (@shaft_max) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pak Mat Lif & AJK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Taukeh Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.

Istimewanya, kali ini penonton bakal menyaksikan sisi berbeza Joey Daud menerusi karakter Nordin. Meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, namun penyampaian karakter Nordin dilihat lebih serius.

BACA: Filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, Kisah Lucu Komuniti Flat! Memang Lawak Habis - “Lif Rosak Satu Hal”

Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

#Astro Shaw #Khir Rahman #Filem melayu #Filem Komedi #Arwah Pak Mat Lif & AJK