Tayangan filem Arwah Pak Mat Lif & AJK yang bermula sejak Khamis lalu ternyata berjaya menambat hati penonton.

Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati menonton naskhah komedi oleh pengarah dan juga pelakon, Khir Rahman.

Menerusi komen-komen positif yang diberikan penonton, kebanyakan mereka meminta agar netizen tidak membuat andaian terhadap sesuatu kualiti filem hanya berdasarkan poster sahaja.

Sebaliknya mereka berharap netizen menonton karya Arwah Pak Mat Lif & AJK terlebih dahulu sebelum memberikan komen-komen negatif.

Selain itu, penonton juga memberikan pujian dan berterima kasih kepada Khir Rahman kerana berjaya menghasilkan filem komedi yang cukup lengkap rencahnya dari segi lawak, plot penceritaan, pengajaran dan juga pemilihan pelakon yang bersesuain dengan watak masing-masing.

Malah pengkritik filem juga turut memuji filem terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini.

Antara komen yang diterima untuk Arwah Pak Mat Lif & AJK adalah:





Pak Mat Lif & AJK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Ropie, Taukeh Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.

Istimewanya, kali ini penonton bakal menyaksikan sisi berbeza Joey Daud menerusi karakter Nordin. Meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, namun penyampaian karakter Nordin dilihat lebih serius.

Lebih seronoknya lagi, Arwah Pak Mat Lif & AJK ini mengangkat tentang nilai hidup berkomuniti disamping ada pengajaran yang cuba disampaikan.

Antaranya mengingatkan kesedaran tentang hidup majmuk, mengambil berat tentang jiran tetangga, sentiasa bersapa dan membantu antara satu sama lain agar tiada yang rasa keseorangan.

BACA: Filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, Kisah Lucu Komuniti Flat! Memang Lawak Habis - “Lif Rosak Satu Hal”

BACA: “Memang Lawak!” - Baru Sehari Tayang, Arwah Pak Mat Lif & AJK Dan Nombor 1 Di Astro First!

Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.