Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Bila Tengok Diri Sendiri Dalam Filem Jaket Biru, No!” – Wann Tak Mahu Jadi Pelakon

Azwa Rahman
03/01/2020 09:39 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Wann tidak bercadang untuk menceburi bidang lakonan selepas tamat rancangan itu.

Memetik laporan HLive, dia tidak mempunyai minat terhadap bidang lakonan kerana mahu fokus kepada bidang nyanyian sahaja.

“Saya pernah berlakon dalam filem Jaket Biru dan Pelumba Malam dulu, jadi bila saya tengok diri sendiri berlakon, saya terus cakap pada diri, no.

“Tak nak lah berlakon, saya tak pandai. Kalau ada pun mungkin nanti bila ada lagu sendiri, boleh lah berlakon dalam muzik video,” ujarnya lagi.

Tambah Wann lagi, selepas GV2019 tamat, dia banyak menerima undangan persembahan dan belum ada perancangan lain untuk dikongsikan bersama peminat.

“Setakat ni saya ada menerima undangan nyanyian bermula bulan satu sehingga sebelum bulan puasa nanti.

“Saya masih belum ada sebarang perancangan untuk lagu baru kerana masih dalam tempoh berehat. Insya-Allah kalau ada rezeki lepas ni, ada la. Buat masa sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi,” jelas Wann lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Selebriti #Pelakon #GV2019