Berita

"Bila Terlebih 'Besar' Ni Serius Cepat Penat" - Fizo Omar Berjaya Turunkan Berat 9 Kilogram! Nak Tukar Imej Demi...

gempak
ZULHILMI JALIL
06/03/2020
03:29 MYT
Sponsor Banner
"Bila Terlebih 'Besar' Ni Serius Cepat Penat" - Fizo Omar Berjaya Turunkan Berat 9 Kilogram! Nak Tukar Imej Demi...
Pelakon Fizo Omar mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat badannya hampir sembilan kilogram.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, berkata, dia menyasarkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg) demi mendapatkan bacaan berat yang ideal.
"Akhirnya dapat juga capai sasaran untuk berat badan. Target 75 kg, tetapi sekarang hampir 76 kg, kira okey lah. Sikit je lagi.
"Bukan untuk nampak kurus je, tapi bila dapat berat badan ideal ni badan pun sihat dan rasa ringan sangat.
"Tak ada lah lemau bila buat kerja. Lagi kerja macam aku dari pagi membawa ke malam, tiap-tipa hari dengan penggambaran, lepas tu mesyuarat lagi. Bila terlebih 'besar' ni serius cepat penat dan macam-macam penyakit pula mengundang," coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Katanya lagi, dia tidak mempunyai rutin diet yang khusus, sebaliknya hanya mengawal pengambilan makanan sahaja.
"Diet ke? Susah nak cakap gak sebab aku ni balun je bila jumpa makanan yang sedap, cuma kawal lah bila makan tu kan.
"Lagi-lagi sekarang ni buat program #manamaumakan. Pergi restoren yang sedap dan reviu, kau rasa boleh kawal ke? Haha," katanya.
Fizo turut berkongsi gambar lamanya sebelum usia 30-an yang mana ketika itu beratnya mencecah sehingga 85 kg.
Benda yg buat aku happpy hari ni: . - finally dpt juga my goal utk berat badan. Target 75kg tp skng hampir 76kg kira ok la.ckit je lg.bkn utk nak nampak slim je,tp bila dpt berat badan ideal ni badan pun sihat dan rasa ringan sgt, xde la lemau bila buat kerja, lgi kerja mcm aku dr pg membawa ke malam, tiap2 hari dgn shooting nya pastu meeting lg.bila oversize ni seriously cepat penat n mcm2 penyakit plak mengundangkan. . Kalau korang tgk 2 gmbr yg last tu masa umur sebelum 30an dan berat masa tu 84-85kg. Ok la dah turun hampir 9kg. . Diet ke? Hmmmm.. susah nak ckp gak sbb aku ni balun je bila jmpa makanan yg sedap, cuma control la bila mkn tu kan, lagi2 skng ni dok buat program #manamaumakan , pg cari restoren yg best2 n review, ko rasa boleh control ke? Hahahha . Sedikit sebanyak teh Avasano yg abe joe mnm tu membantu la sedikit sebanyak, dpt kawal selera makan dan dpt membuang dgn smooth la bila mnm tu. . 1 more kg to go for 75kg for my new character utk drama Akasia TV3. Tgh fikir new imej utk drama baru ni, ada cadangan tak?
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Dalam pada itu, katanya dia berharap dapat mencapai sasaran 75 kg demi imej baru yang ingin ditampilkan dalam drama terbarunya nanti.
"1 kg lagi untuk capai 75 kg untuk karakter baru bagi drama slot Akasia. Tengah fikir imej baru untuk drama baru ini," katanya.
Perkongsian Fizo itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan menyokong usahanya untuk mendapatkan berat ideal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live