Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#BilaBadrulBicara: Ayah Kata Tak Dibenar Jumpa Anak, Emak Kata Bimbangkan Keselamatan, Anak Kata Pernah Didera. Mana Satu Ni?

Badrul Hashim
06/11/2020 06:30 MYT
Sejak beberapa hari ni aku baca banyak berita tentang bekas suami usahawan kosmetik yang membuat tuntutan hadanah kerana merasakan bekas isterinya itu tidak mahu dia sebagai seorang ayah mempunyai hubungan dengan anak-anaknya.

Tuntutan itu dibuat oleh bekas suami kepada Datuk Seri Dr hasmiza Othman atau lebih dikenali ramai sebagai Datuk Seri Vida, Mohd. Amin Yasin.

Banyak juga cerita keluarga yang dikeluarkan dan dikongsi oleh Mohd. Amin kepada umum seperti anak-anak tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman menziarahi datuk mereka ketika meninggal dunia pada November 2017.

Mohd. Amin juga berkata dan aku quote kata-katanya;

"Dia buat saya macam dengan arwah anak saya dulu. Arwah dua orang dulu terlalu rapat dengan saya. Waktu mereka meninggal dunia sya tak sempat jumpa, tak tunggu saya pun (nak kebumi)."

Untuk yang tak tahu, hasil perkahwinan Vida dan Amin, mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Namun begitu, dua orang daripada mereka terkorban dalam kebakaran rumah di Ipoh pada tahun 2013.

Sekarang yang tinggal adalah Cik B dan Kacak.

Kalau korang nak baca cerita penuh, bolehlah baca temu bual rakan seperjuangan aku, Zulhilmi. Klik sahaja kat sini.

Kemudian Datuk Seri Vida pula membuat kenyataan pendek dan aku quote kata-katanya;

"Terima kasih atas perhatian semua yang mengambil berat tentang isu ini. Saya sendiri masih terkejut dan keliru. Cuma apa yang boleh sya katakan, saya lakukan ini semua demi keselamatan anak-anak. Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya mendapat sedikit ketenangan."

Okay.

Datuk Vida kata dia lakukan semua tu demi keselamatan anak-anak. Terfikir juga aku hingga sampai begitu sekali tidak mahu bekas suaminya berjumpa dengan anak-anak. Jika orang membaca sekali lalu, bahayakah bekas suaminya itu?

Kalau korang nak baca cerita tentang kenyataan Datuk Seri Vida tu, korang boleh baca tulisan rakan seperjuangan aku, Fiza Kamarudin di sini.

Semua ini membuatkan aku teringat pada satu artikel yang aku sendiri tulis pada penghujung tahun lalu. Artikel di mana Cik B sendiri mengeluarkan kenyataan di media sosial Twitter miliknya tentang penderaan yang pernah berlaku pada dirinya, ibunya dan abangnya.

Dahsyat, tapi aku sekali lagi akan quote apa yang ditulis oleh Cik B ketika itu;

"Masa cikb kecik cikb selalu kena dera dengan bibik. Cikb kena kurung, kena pukul, kena semualah pastu masa cikb kecik ayah kandung cikb dera mama jugak. Pukul-pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit. Ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada.

"Ayah cikb pulak selalu ugut mama nak potong tangan abg cikb kalau tak kasi duit. pastu ada satu hari tu ayah cikb bawak lari cikb ke rumah dia pastu mama pun ambil cikb balik rumah sampai gaduh2 dgn ayah kandung cikb.

"Walaupun mama dgn ayah cikb dah cerai setiap bulan dia mintak duit tapi mama pun kasi jelah. Mama sebenarnya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah, abah ajit jaga mama. Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik."




Itu antara tulisan Cik B di Twitter miliknya akhir tahun lalu. Kalau nak baca kisah sepenuhnya, bolehlah klik kat sini.

Aku pun tak tahu apa nak cakap, apatah lagi nak komen. Apa yang aku boleh katakan adalah semoga ada jalan penyelesaian yang baik. Biasanya bila dah masuk mahkamah ni, semua benda akan terkeluar dan terpampang menjadi perhatian umum.

Dari yang sebesar-besar kisah, hinggalah yang kecil-kecil akan terkeluar. Daripada cerita yang orang tak tahu, kisah dalam kain pun menjadi bualan ramai.

Aku mempunyai perasaan bimbang dengan masa depan anak-anak yang masih membesar ini. Kalau berlarutan dan berpanjangan, pasti meninggalkan kesan mendalam pada mereka. Aku doakan yang terbaik untuk semua terutamanya untuk Cik B dan Kacak.

Ohh, baca juga story terbaru temu bual Fiza Kamarudin dengan Cik B sendiri di sini.

Salam Jumaat dan jumpa lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Kosmo! Online, Instagram @datoserivida

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Cik B #BilaBadrulBicara #Mohd Amin
;