Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bilal Dah Dapat Adik! Neelofa Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ - “Semoga Kami Mampu Menjadi Ibu Bapa Yang Baik”

Asyikin Mayudin
13/07/2023 05:23 MYT
Pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.

Usahawan dan pengacara terkenal Neelofa selamat melahirkan anak lelaki keduanya dalam keadaan sihat.


“Assalammualaikum. Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa dan suaminya menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,: ujarnya.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan puter sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangkakan Sudah Melahirkan Cahaya Mata Kedua, Neelofa Tampil Beri Penjelasan - “Alhamdulillah Keadaan Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berpantang Anak Kedua 44 Hari, Neelofa Nak Pilih Khidmat Bidan Kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen DM Minta Dermakan Pakaian & Barangan Bilal… Ini Respons Neelofa; “Kenapa Pula Saya Nak Bagi Orang Sebab…”

#Neelofa #Haris #PU Riz #Bilal #Haris Ismail #Neelofa bersalin #Neelofa Haris #Bilal adik #Neelofa anak
;