Laman Utama

Disangkakan Sudah Melahirkan Cahaya Mata Kedua, Neelofa Tampil Beri Penjelasan - “Alhamdulillah Keadaan Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/07/2023
07:05 MYT
Sponsor Banner
Disangkakan Sudah Melahirkan Cahaya Mata Kedua, Neelofa Tampil Beri Penjelasan - “Alhamdulillah Keadaan Saya…”
Spekulasi mengenai Neelofa dikatakan masuk hospital baru-baru ini disebabkan bakal melahirkan anak keduanya akhirnya terjawab apabila pengacara dan usahawan terkenal itu tampil memberi penjelasan.
Isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz berkata, keadaannya baik sahaja dan masih menghitung hari untuk menyambut cahaya mata kedua.
Menurut pengacara progra Next To Neelofa ini memaklumkan dia dimasukkan ke hospotal atas nasihat doktor dan untuk pemantauan kesihatannya sahaja.
“Salam semua… Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan mash menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan.
“Namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya,” jelas Neelofa menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Neelofa juga memberitahu dia dan suaminya akan berkongsi secara rasmi sekiranya sudah tiba masa bayi keduanya dilahirkan.
“InsyaAllah, kami akan kongsikan secara official bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, PU Riz ketika mengacarakan sebuah program televisyen pada Khamis memberitahu isterinya telah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Haris bersama gandingannya, Fakhrul Radhi dalam program menceritakan tentang situasi dia ketika itu tetap hadir ke program berkenaan walaupun ada urusan kecemasan.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Doakan, Insya-Allah” - Bakal Bersalin Bila-Bila Masa, PU Riz Maklum Neelofa Dah Masuk Wad
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berpantang Anak Kedua 44 Hari, Neelofa Nak Pilih Khidmat Bidan Kampung
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen DM Minta Dermakan Pakaian & Barangan Bilal… Ini Respons Neelofa; “Kenapa Pula Saya Nak Bagi Orang Sebab…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024