YouTuber Jebat Derhaka tampil mempersoalkan keberkesanan skim perniagaan yang dijalankan oleh pengasas RichWords, Dr. Azizan Osman.

Menyampah dengan jumlah billboard gergasi di tepi lebuh raya sepanjang perjalanan balik kampung, kata Jebat mentor usahawan dan pakar pemasaran itu dianggap 'poyo'.

"Dia ni lagi? Tak habis-habis signboard dia ni, poyo gila.

"Korang tahu tak billboard ni, RichWorks di sini lahirnya usahawan-usahawan dan jutawan. Pergh dia punya sembang, aku pelik la.

"Aku nak tanya, ko claim semua itu mana buktinya?

"Aku nak tahu dia buat apa! Aku nak berjaya dalam bisnes, nak ada simpanan RM1 juta, 10 tahun struggle tau," soalnya menerusi video 375 Jebat Derhaka, RichwOrks Sk1m Cepat K4ya? Biar Betul? yang dimuat naik di platform media sosialnya.

Malah, Jebat mempertikaikan keberkesanan konsep perniagaan RichWorks yang dianggapnya seperti skim cepat kaya.

"Kalau dia lahirkan usahawan jutawan, dia ni siapa pulak. Dia lagi la bapak punya jutawan.

"Jadi aku nak kenal la kalau boleh, nak tahu dia ni buat apa, produk apa, pengasas dia siapa. Ingat senang ke nak buat bisnes jadi jutawan ni?

"Kalau senang, mesti dah ramai yang buat bisnes ni jadi jutawan. Aku pun nak pergi belajar kalau betul la.

"Semua orang boleh buat billboard sendiri dan claim sendiri yang mereka ni paling bagus, tempat lahirkan jutawan ke bangsawan ke apa. Kalau betul, mana bukti claim yang RichWorks ada," tambahnya.

Pandangan Jebat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengannya.