Hiburan

Bimbang Orang ‘Meluat’, Redza Rosli Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan- “Kalau Benda Yang Tak Perlu Ditunjuk…”

Asyikin Mayudin
24/06/2024
07:55 MYT
Selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Hanna pada Jumaat lalu, aktor Redza Rosli memilih untuk tidak berlebihan dalam berkongsi mengenai kebahagiaannya di laman sosial.

Simpan Kebahagian

Bimbang orang akan mula berasa rimas, bagi Redza, kebahagiaan ataupun masalah yang bakal dihadapi dalam rumah tangga itu hanya melibatkan suami isteri sahaja.

“Kalau kongsi, bimbang orang akan meluat. Bagi saya, kebahagiaan itu tidak perlu ditunjuk secara berlebihan. Sebab perkahwinan memang kita hebahkan sebab perkara yang baik.

“Tapi untuk saya, kalau benda yang tak perlu ditunjuk, saya simpan sahaja. Biarlah kebahagiaan itu, kita simpan sendiri… biar kita saja yang tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Bercinta, Redza Rosli Terus Ajak Bella Hanna Beli Cincin & Melamar - “Waktu Itulah Kami Meluahkan Perasaan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Redza Rosli Kini Suami Hos Hlive, Bella Hanna

“Sebab akhirnya kalau ada masalah kita hadapi sama-sama ini bukan orang lain selesaikan, kita berdua sebagai suami isteri yang akan selesaikan,” kata Redza kepada Gempak.

Elak Lakon Babak Tak Bersesuaian

Berkongsi mengenai karier seni, Redza memberitahu dia masih tetap dengan pendiriannya untuk mencuba mengelak dari melakonkan babak tidak bersesuaian.
“Alhamdulillah, isteri saya menerima segala kekurangan saya dan memahami kerja saya. Tapi pada pihak saya sendiri, yang kena tahu batas antara pelakon gandingan, tidak berlebihan, sama macam sebelum ini.
“Sebelum saya bernikah ini pun, sama juga… mana babak yang perlu kita elak, kita elak. Sebab penonton kita pun kebanyakkannya beragama Islam. Takkan kita nak buat perkara tak elok, sebab kita pun tak macam itu.
“Mana yang boleh kita elak, kita elakkan. Dalam shooting, kita yang buat skrip… bukan skrip buat kita, kita yang membuatkan situasi itu kan. Kita yang kawal, mana tak bersesuaian, kita bincang dengan pengarah dan pelakon lain.
“Kalau rasa tak perlu buat, kita tak payah la buat. Kalau benda itu harus dibuat, kita pilih la kalau boleh elak, elak selagi boleh,” ujar Redza.
Untuk rekod, Redza sah menjadi suami kepada aktres dan hos Hlive iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz di Forest Valley Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Wajah Macam Bibik, Netizen Back Up Zahirah - “Pregnant Pun Cantik Patutlah Ada Mak Lampir Insecure”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Tak Puas Hati Redza Jadi Song Seung Heon, Tuan Badan Jawab - “Siapalah Saya Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing Ini Viral Kerana Mirip Wajah Pelakon Redza Rosli

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Bercinta, Redza Rosli Terus Ajak Bella Hanna Beli Cincin & Melamar - “Waktu Itulah Kami Meluahkan Perasaan…”

gempak
22/06/2024
01:38 MYT
Tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, pelakon Redza Rosli mendedahkan dia tergerak hati untuk melamar aktres Bella Hanna sebagai isterinya ketika mereka keluar makan dua bulan lalu.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Redza Rosli Kini Suami Hos Hlive, Bella Hanna

gempak
21/06/2024
08:10 MYT
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz pada pukul 4.05 petang,  Jumaat di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.
Laman Utama

Ramai Tak Puas Hati Redza Jadi Song Seung Heon, Tuan Badan Jawab - “Siapalah Saya Nak…”

gempak
20/09/2023
05:55 MYT
Alamak, ni tuan badan dah jawab.
Laman Utama

Cat Farish & Shikin Maembong Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

gempak
13/07/2023
13:36 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Intan Najuwa Seronok Terjun Bendang & Main Selut - "Ini Pengalaman Pertama Kali Saya"

gempak
10/01/2022
05:40 MYT
Wah! Jarang-jarang dapat tu...