Masihkah anda ingat pada seekor kucing yang pernah viral suatu ketika dahulu kerana bentuk muka kucing berkenaan mirip raut wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah?

Nampaknya, ada seekor lagi kucing yang mempunyai raut wajah yang dikatakan seiras dengan seorang individu terkenal di Malaysia!

Menerusi platform TikTok, sepotong video yang memperlihatkan seekor kucing berwarna putih keemasan viral apabila tuannya, iaitu pemilik akaun Sarahaello menyatakan kucingnya mirip pelakon popular, Redza Rosli.
@sarahaello

??‍♀️ ##lookalike ##cutecat ##catsoftiktok ##catslovers ##fy ##fypシ

♬ original sound - Winky

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut pemilik akaun berkenaan terkejut dan mengiyakan apabila kucingnya mirip dengan pelakon drama berkenaan.

“Wait, I can see it please!” tulis seorang netizen.

“Hahaha, betul lah,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan bahawa kucingnya juga mirip dengan wajah Redza Rosli.

“Yes betul, kucing I pun ada satu gambar snap, ada rupa Redza Rosli,” balasnya.

Dalam nada bergurau, seorang lagi pengguna menulis: “Redza yang menyerupai kucing itu, kamu semua tidak boleh menyatakan sebaliknya,” tulisnya.

Sebelum ini, seekor lagi kucing pernah menjadi tumpuan ramai kerana mempunyai dua pasang mata yang sepet.

Menerusi video yang viral sekitar tahun lalu itu, kucing berkenaan disamakan dengan penyanyi antarabangsa popular, Zayn Malik.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!