Bimbang Orang ‘Meluat’, Redza Rosli Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan- “Kalau Benda Yang Tak Perlu Ditunjuk…”
Asyikin Mayudin
24/06/2024 07:55 MYT
24/06/2024 07:55 MYT
Selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Hanna pada Jumaat lalu, aktor Redza Rosli memilih untuk tidak berlebihan dalam berkongsi mengenai kebahagiaannya di laman sosial.
Simpan Kebahagian
Bimbang orang akan mula berasa rimas, bagi Redza, kebahagiaan ataupun masalah yang bakal dihadapi dalam rumah tangga itu hanya melibatkan suami isteri sahaja.
“Kalau kongsi, bimbang orang akan meluat. Bagi saya, kebahagiaan itu tidak perlu ditunjuk secara berlebihan. Sebab perkahwinan memang kita hebahkan sebab perkara yang baik.
“Tapi untuk saya, kalau benda yang tak perlu ditunjuk, saya simpan sahaja. Biarlah kebahagiaan itu, kita simpan sendiri… biar kita saja yang tahu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Bercinta, Redza Rosli Terus Ajak Bella Hanna Beli Cincin & Melamar - “Waktu Itulah Kami Meluahkan Perasaan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Redza Rosli Kini Suami Hos Hlive, Bella Hanna
“Sebab akhirnya kalau ada masalah kita hadapi sama-sama ini bukan orang lain selesaikan, kita berdua sebagai suami isteri yang akan selesaikan,” kata Redza kepada Gempak.
Elak Lakon Babak Tak Bersesuaian
Berkongsi mengenai karier seni, Redza memberitahu dia masih tetap dengan pendiriannya untuk mencuba mengelak dari melakonkan babak tidak bersesuaian.
“Alhamdulillah, isteri saya menerima segala kekurangan saya dan memahami kerja saya. Tapi pada pihak saya sendiri, yang kena tahu batas antara pelakon gandingan, tidak berlebihan, sama macam sebelum ini.
“Sebelum saya bernikah ini pun, sama juga… mana babak yang perlu kita elak, kita elak. Sebab penonton kita pun kebanyakkannya beragama Islam. Takkan kita nak buat perkara tak elok, sebab kita pun tak macam itu.
“Mana yang boleh kita elak, kita elakkan. Dalam shooting, kita yang buat skrip… bukan skrip buat kita, kita yang membuatkan situasi itu kan. Kita yang kawal, mana tak bersesuaian, kita bincang dengan pengarah dan pelakon lain.
“Kalau rasa tak perlu buat, kita tak payah la buat. Kalau benda itu harus dibuat, kita pilih la kalau boleh elak, elak selagi boleh,” ujar Redza.
Untuk rekod, Redza sah menjadi suami kepada aktres dan hos Hlive iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz di Forest Valley Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.