“Bimbang, Takut Semua Ada…”- Zizie Izette Akui Hamil Terlalu Awal Selepas Bersalin Pembedahan

Syafiqah Jalal
September 2, 2018 03:23 MYT
Pelakon Datin Seri Zizie Izette akui bimbang apabila mendapat tahu dia hamil lima bulan selepas melahirkan anak kembarnnya melalui proses pembedahan.
Zizie Izette berkata dia sentiasa mahukan anak lagi tetapi tidak pernah menyangka ia terlalu awal
"Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan.
"Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,"katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

[BACA: Zizie Izette Hamil Lagi Selepas 5 Bulan Melahirkan Anak Kembar]

Kemarin, isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar itu mengumumkan dia sedang hamil tiga bulan selepas baru sahaja melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember tahun lalu.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga terdahulu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun.
#pelakon #Hamil #Hamil #Pelakon #Zizie Izette #Anak Kembar #Zizie Izette Hamil