"Bini Tak Cemburu Ke Kongsi Gambar Seksi?" - Saharul Ridzwan Tayang Badan Hasil Tak Pergi Gimnasium

ZULHILMI JALIL
Disember 23, 2019 07:26 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan kepada umum hasil bentuk badan terkininya selepas gagal memberikan komitmen untuk menjalani rutin kecergasan di gimnasium.
Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi hal tersebut dengan memuat naik gambar dirinya tidak berbaju menerusi satu entri di Instagram.
"Padah tinggal gym! Hi semua, jadi inilah rupanya badan saya hari ini selepas tak beri komitmen untuk pergi gimnasium. Sibuk sangat uruskan benda lain.
"Payah kan, bila ada komitmen lain nak kena buat, lagi-lagi bila kerja, balik nak tengok anak lagi semua. Kan?," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Saharul, dia berkongsi gambar tersebut sebagai pendorong kepadanya untuk berusaha lebih bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan pada tahun depan.
"Jadi, kali ini saya nak eksperimen dengan badan sendiri untuk tahun 2020. Bukan tak pernah capai target, jadi tiada masalah kot. Mental kena kuat.
"Sebab tu saya muat naik gambar ini supaya nanti kena bekerja keras sebab dah janji," katanya.
Perkongsian pelakon drama Tok Adi itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang menyifatkan perkongsian gambar tidak berbaju itu sebagai satu tindakan yang cukup berani.
"Bini tak cemburu ke kongsi gambar-gambar seksi abam?
"Badan yg ni lagi seksi bang.
"Macam pelik la gambar ni abang @saharulridzwan. Seksi... tak biasa kita tengok abang ni seksi begini..adui," tulis sebahagian netizen.
Biarpun begitu, Saharul turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
"Jom kita sihat sama-sama, fitkan badan dengan gembiranya dan fikir macam mana nak kekalkan bentuk badan walau sesibuk mana pun dan tiada lagi makanan ringan!," katanya.
#pelakon #Saharul Ridzwan #Pelakon