Bintang Arsenal Ini Akui Neneknya Berasal Dari Rembau
Gempak
28/06/2024 21:55 MYT
28/06/2024 21:55 MYT
Pemain Arsenal, Emile Smith Rowe tiba-tiba menjadi sebutan selepas mengaku yang keluarga sebelah ibunya dikatakan berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.
Hal tersebut menjadi bualan selepas akaun @frfuturetalents berkongsi satu tangkap layar e-mel daripada Emile yang menjawab soalan yang ditanya kepadanya.
Hal tersebut menjadi bualan selepas akaun @frfuturetalents berkongsi satu tangkap layar e-mel daripada Emile yang menjawab soalan yang ditanya kepadanya.
Rembau
“Memang betul, nenek saya sebelah ibu lahir di Malaysia atau lebih lebih tepat di Rembau, Negeri Sembilan jika saya tidak silap.
“Jadi, itu menunjukkan saya memiliki hubungan dengan Malaysia. Tambahan pula, sebelah bapa, saya amat berbangga dengan (darah) warisan Jamaica,” katanya.
Memetik Kosmo! Online, menerusi data yang dikongsikan laman Transfermarkt, Smith Rowe melakukan 13 penampilan sepanjang musim 2023/24 bersama Arsenal selain turut mencipta dua bantuan jaringan.
Smith Rowe yang sudah pun merekodkan tiga penampilan bersama skuad kebangsaan England masih memiliki kontrak bersama The Gunners sehingga Jun 2026 dan ketika ini mempunyai tanda harga bernilai €22 juta (RM111 juta).

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Semangat Merdeka Jagoan Sukan Jojo Ghazali, Lego Sam, Iman Hakim & Sharul Aimy!
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Sombong & Tak Layan Peminat Secara Sama Rata, Ini Respons Sharul Aimy
ARTIKEL BERKAITAN: Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
ARTIKEL BERKAITAN: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?
Nama Smith Rowe bukan asing lagi bagi para peminat Arsenal memandangkan dia pernah menjadi penyelamat pasukan itu dengan persembahan memukau pada musim 2021/2022 dengan menghasilkan 10 gol dalam 33 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimanapun, Smith Rowe yang dilahirkan di Croydon, England pada 28 Julai 2000, gagal menampilkan prestasi hebatnya sejak dilanda pelbagai siri kecederaan yang memaksanya menjalani beberapa pembedahan hingga menjejaskan peluangnya dalam kesebelasan utama Arsenal.
Difahamkan, Arsenal kendalian Mikel Arteta kini dikaitkan dengan spekulasi perpindahan menyertai Fulham dan Aston Villa yang dibimbing oleh bekas pengurusnya, Unai Emery.
Sumber: Kosmo! Online