HIBURAN
Bintang Baywatch, Pamela Bach Mati Tembak Diri Sendiri
Salah seorang pelakon siri terkenal Baywatch, Pamela Bach ditemui mati membunuh diri pada usia 62 tahun.
Bach ditemui sudah tidak bernyawa di kediamannya di Hollywood Hills pada 5 Mac lalu, lapor BBC.
Menurut laporan TMZ, ahli keluarga Bach datang mencarinya di rumah selepas lama tidak mendengar khabar dirinya. Sebaik tiba, kediaman pelakon itu berkunci dan mereka berusaha memasuki rumah.
Pada waktu itu mereka menemui Bach dengan kesan tembakan di kepala sekitar pukul 10 malam waktu tempatan sebelum oleh pegawai perubatan Los Angeles mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.
Mereka tidak menemui sebarang surat atau pesanan akhir daripada mendiang.
Terdahulu Bach sempat melahirkan rasa teruja untuk menyambut tahun 2025 menerusi perkongsian di akaun Instagramnya yang ditulis pada sambutan tahun baharu beberapa bulan lalu.
Selain Baywatch, Bach juga terkenal dengan lakonan dalam siri televisyen Knight Rider.
Mendiang merupakan bekas isteri pelakon David Hasselhoff. Berkahwin pada tahun 1989, pasangan selebriti itu bagaimanapun bercerai pada 2006. Mereka mempunyai dua orang anak.
“Keluarga sangat berduka cita dengan kematian Pamela Hasselhoff,” ujar kenyataan yang diberikan pihak aktor itu.