gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Kakak Sulung Pernah Meraung Di Pasar Raya Dengar Lagu Arwah Achik Spin - “Reda Tapi...
HIBURAN
Ahli Kumpulan 'As One' Lee Min Meninggal Dunia
BERITA
14 Rumah, Beberapa Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Pantai Dalam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bintang Reply 1988 Selamat Dikebumikan, Rakan Selebriti Beri Ucapan

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/08/2025
01:13 MYT
Sponsor Banner
Bintang Reply 1988 Selamat Dikebumikan, Rakan Selebriti Beri Ucapan
Pelakon Korea Selatan, Song Young-kyu telah selamat dikebumikan pada pagi Rabu dalam satu upacara pengebumian yang berlangsung di Hospital Davos, Yongin, Wilayah Gyeonggi.
Isteri bersama dua anak perempuannya hadir sebagai waris utama yang menguruskan pengebumian mendiang di Taman Peringatan Hambaeksan.
Song ditemui meninggal dunia di kediamannya di Samga-dong, Yongin pada 4 Ogos lalu. Menurut pihak polis, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes tersebut.
Pemergian mengejut aktor berusia 55 tahun itu telah mengejutkan industri hiburan Korea dan mencetuskan pelbagai reaksi serta penghormatan daripada rakan-rakan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya.
Pelakon Jang Hyuk-jin, meluahkan rasa kesal selepas mengetahui rakan selebritinya telah meninggal dunia.
“Abang, pasti abang sangat takut dan letih. Sekurang-kurangnya saya patut hubungi abang,” katanya.
Ryu Seung-soo pula mengenang memori awal bersama mendiang dalam drama SBS The Chaser.
“Kita selalu bersaing dalam lakonan — keserasian kita memang luar biasa. Abang dah lalui banyak perkara. Sekarang, berehatlah dengan tenang,” kongsinya.
Sementara itu, pelakon wanita Lee Joo-young yang pernah berlakon bersama Song dalam filem Baseball Girl dan pementasan Shakespeare in Love menyifatkan mendiang sebagai figur ayah yang hangat dan penyayang.
“Saya secara semula jadi mula memanggilnya ‘ayah’ semasa pementasan. Saya sudah rindukan dia. Dia sentiasa menjadi kehadiran yang kuat dan menenangkan,” jelasnya.
Beberapa minggu sebelum kematiannya, pada 19 Julai, Song dilaporkan telah disiasat kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selepas dipercayai memandu sejauh lima kilometer dalam keadaan mabuk.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Korea
#Meninggal
#Dunia
#Song Young Kyu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement