HIBURAN
Bintang Reply 1988, Song Young Kyu Ditemui M*ti Dalam Kereta
Aktor Song Young Kyu yang cukup popular menerusi drama bersiri Reply 1988 dan Partners for Justice ditemui maut dalam kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan di Cheoin-gu, Yongin, Korea Selatan.
Young Kyu yang sebelum ini berdepan skandal memandu dalam keadaan mabuk meninggal dunia pada usia 55 tahun, lapor The Korea Herald.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Yongin Dongbu, mayat Young Kyu ditemui oleh seorang wanita sekitar pukul 8 pagi waktu tempatan.
Punca kematian aktor yang memulakan karier seninya pada tahun 1994 itu masih dalam siasatan.
Pada Jun lalu, Young Kyu melepaskan peranan dalam projek Shakespeare in Love selepas ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Meski berdepan isu tersebut, karier Young Kyu boleh disifatkan cemerlang. Mendiang telah terlibat dengan lebih 40 drama bersiri dan beberapa filem.
Dia juga terkenal dalam kalangan penonton antarabangsa menerusi lakonannya dalam Narco-Saints yang ditayangkan Netflix dan Big Bet di saluran Disney+s yang kedua-duanya ditayangkan pada tahun 2022.