Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

Firdaus
08/09/2024 13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.

Dilihat Bersama Keluarga

Memetik laporan Hindustan Times, bayi kepada aktres filem Pathaan itu dilaporkan lahir di Hospital HN Reliance di Mumbai.

Difahamkan Deepika dan suaminya, Ranveer Singh tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka yang lain. Bagaimanapun, jurugambar tidak mendapat peluang untuk mengambil foto pasangan tersebut dek kerana bintang filem berkenaan duduk di dalam kereta yang dilengkapi langsir.

Sumber turut menyatakan bahawa kehadiran cahaya mata pertama Deepika itu lahir hanya selepas beberapa hari pasangan tersebut dilihat meminta restu di Kuil Siddhivinayak, Mumbai pada Jumaat.

BERITA TRENDING:Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

BERITA TRENDING: Deepika Padukone, Ranveer Singh Bakal Timang Cahaya Mata Sulung September 2024

BERITA TRENDING: Deepika Padukone Ajak Pasangan Muda Ikut Petua Perkahwinan ‘Orang Lama’

BERITA TRENDING: Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

Sekadar info, Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.

Pasangan terbabit berkongsi hantaran di media sosial memaparkan pakaian bayi, kasut bayi dan belon dengan kapsyen ‘September 2024’.

Sumber: Hindustan Times

#Anak #Deepika Padukone #Bollywood #Mata #Cahaya #Singh #Raveer