Bintang Ugly Betty, America Ferrera bakal menyertai demonstrasi yang akan diadakan di depan White House, Washington, D.C. pada 30 Jun ini.

Demonstrasi ini bertujuan untuk membantah dasar imigresen yang diwujudkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pelakon itu mendedahkan dia akan menjadi sebahagian daripada peserta perhimpunan di luar Rumah Putih menerusi satu surat terbuka.

Ferrera menyeru semua wanita yang baru bergelar ibu bersama-sama bergabung dengannya dalam demonstrasi ini.

"Bergabunglah dengan saya pada 30 Jun di Washington, D.C. atau di sebuah bandar yang berdekatan dengan anda untuk menuntut dasar perpisahan keluarga yang menjijikkan ini.

"Dasar pentadbiran Trump baru telah memisahkan kanak-kanak termasuk bayi yang berusia lebih muda setahun dari ibu bapanya di sempadan kita, dan menahan mereka dalam sangkar dan khemah. Ini adalah kejam dan mengerikan, dan adalah kewajipan moral kita untuk menuntut ia berhenti," katanya.

Bukan sahaja Ferrera, malah ramai orang Amerika yang lain terkejut dengan berita kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa mereka di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico sekaligus menimbulkan kemarahan.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Aceshowbiz