Bintang Vincenzo Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Maliah Surip
Januari 21, 2023 10:40 MYT

Dunia seni Korea Selatan dikejutkan dengan kematian salah seorang bintang terkenal mereka, Na Chul.

Na Chul dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia yang masih terbilang muda, 36 tahun. Na Chul dikatakan mengalami masalah kesihatan yang buruk sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sejumlah media tempatan melaporkan aktor yang terlibat dalam naskhah besar seperti Vincenzo, Happiness, Through The Darkness dan Weak Hero Class 1 itu akan disemadikan pada 23 Januari 2023.
Aktor yang juga muncul dalam episod 2 Hospital Playlist 2 sebagai Kim U Jae itu pertama kali debut pada tahun 2010 menerusi pentas teater.
Setakat ini jenazah Na Chul disemayamkan di sebuah ruangan di pemakaman Universiti Soonchunhyang.
Meski khabar kematiannya telah tersebar, pihak keluarga belum memberi sebarang kenyataan rasmi.

#pelakon #Meninggal Dunia #Korea #Na Chul