Seperti diberitakan sebelum ini, grup Bangtan Boys atau BTS akan muncul dengan drama yang diberi judul Youth.
Drama tersebut akan menceritakan kisah kehidupan, perjuangan dan karier setiap anggota BTS iaitu RM, Jin, Suga, J Hope, Jimin, V dan Jungkook.
Karakter setiap anggota BTS akan dimainkan oleh aktor aktor muda. Salah seorang yang diberi tanggungjawab untuk bergabung di filem ini adalah bintang The World of the Married, Jeon Jin-Seo.
Biarpun sempat terlilit kontroversi mengenai dirinya mengungkapkan perkataan tidak sopan bersama teman temannya viral di media sosial saat masih membawa watak Lee Joon-Young di drama bersiri tersebut, pengarah drama BTS tetap ingin menggunakan khidmatnya.
Aktor muda itu diumumkan akan menjadi atau membawa watak Jungkook.
Ironi, ini bukan pertama kali aktor yang memulakan kariernya seawal enam tahun itu membawa watak figura atau bintang ikonik di dunia hiburan Korea Selatan.
Bakat besar yang dimiliki Jin seo sebelum ini telah banyak digunakan oleh rumah produksi filem dan drama bersiri yang mencapai sukses termasuk pernah menjadi versi muda Lee Min-Ho dalam drama The Heirs dan The Legend of the Blue Sea.
Namanya kemudian semakin menjadi rebutan para pembikin filem Korea termasuk ikut membintangi drama bersiri The World of the Married yang melonjakkan kariernya.
Kini, Jin-seo akan bergabung bersama aktor muda lain seperti Jung Woo jin (V), Kim Yoon woo (Jimin), Seo Young Joo (RM), Ahn Ji Ho (J Hope), Ro Jong Hyun (Siga dan Seo Ji Hoon (Jin) dalam drama Youth yang dijangka ditayangkan pada tahun 2021.
Menurut pihak produksi, mereka sengaja memilih banyak muka baharu agar drama Youth terasa segar.
"Kami percaya mereka (aktor muda) akan membawa visual yang lebih segar dan mempamerkan pesona setiap karakter yang dibawa," kata wakil produksi seperti yang dilaporkan Soompi.
Secara ringkas, Youth akan memberi gambaran tentang kehidupan tujuh anggota BTS semasa mereka bersekolah sehingga debut menjadi bintang Big Hit Entertainment dan peperangan emosi saat nama BTS mendunia.
Kredit Foto: BTS Official, Soompi
Maliah Surip
Tue Oct 20 2020
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.