,
Hiburan

Bintangi Dua Filem Kutipan Tertinggi ‘Avatar’ & ‘Avengers: Endgame’, Zoe Saldana Digelar Ratu Box Office

Azwa Rahman
08/05/2019
06:14 MYT
Filem ‘Avengers: Endgame’ cemerlang meraih USD2 billion dalam masa 11 hari sahaja, semakin rapat untuk mengalahkan filem ‘Avatar’ yang berjaya mengutip USD2.788 billion.
Kedua-dua filem dengan kutipan tertinggi ini nampaknya ada persamaan; ia dibintangi oleh pelakon Zoe Saldana.
Seorang peminat berkongsi fakta mengenai ratu filem box office itu di Twitter miliknya dengan menulis, “Congratulations to Zoe Saldana on winning franchise wars.”
Mendapat perhatian Saldana, pelakon itu turut melahirkan penghargaan di laman Twitternya, @zoesaldana. “Thank you!”, tulisnya. Selain cemerlang dengan Avatar dan Marvel Cinematic Universe, Zoe Saldana turut sama berlakon dalam filem franchais terkenal, ‘Star Trek’ (2009), ‘Star Trek: Into Darkness’ (2013) dan ‘Star Trek Beyond’ (2016)
Saldana akan kembali dengan filem ‘Avatar 2’ dan ‘Avatar 3’ yang akan berada di pawagam pada 18 Disember 2020 dan 17 Disember 2021.
Dia turut dijangka akan muncul dalam ‘Guardians of The Galaxy 3’ yang turut dijangka keluar pada tahun 2020.
Nampaknya Saldana menjadi antara pelakon wanita paling berjaya sekarang dan boleh dikatakan, akaun bank Saldana pastinya semakin berkepuk!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Hollywood

Dave Ghrol Mengaku Bukan Hanya Curang, Ada Anak Luar Nikah

gempak
14/09/2024
15:20 MYT
Mantan pemain dram Nirvana yang juga pengasas band Foo Fighters, Dave Ghrol terus mencetuskan kontroversi selepas pengakuan mengejut curang terhadap isterinya, Jordyn Blum.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Hollywood

Vokalis Bon Jovi Pujuk Wanita Usah Teruskan Niat Terjun Jambatan

gempak
13/09/2024
00:20 MYT
Bintang rock antarabangsa, Jon Bon Jovi menerima pujian pihak berkuasa apabila berjaya membantu menyelamatkan nyawa seorang wanita di Nashville, Selasa lalu.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!