Bipasha Basu Alami Kesukaran Fasa Awal Hamil, Kini Rumah Sudah Jadi ‘Baby Zone’
Maliah Surip
28/09/2022 13:50 MYT
28/09/2022 13:50 MYT
Wanita hamil akan selalu mempunyai pengalaman sendiri. Ada yang melalui fasa kehamilan dengan mudah, namun ramai juga yang melewatinya dengan pelbagai rintangan seperti mengalami morning sickness.
Bagi aktres terkenal Bollywood, Bipasha Baru, dia juga mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman pada fasa awal kehamilannya.
Isteri kepada aktor Karan Singh Grover ini mengaku dia mengalami fasa yang cukup sulit dan sukar pada awal kehamilan.
Selain kehilangan berat badan yang banyak, dia mengalami sakit untuk satu tempoh yang agak lama.
“Beberapa bulan awal kehamilan, saya mengalami kesukaran yang sangat ekstrem.
“Jika orang bercakap tentang morning sickness, saya sakit sepanjang hari. Ia sama ada saya hanya menghabiskan masa di atas katil.
“Berat badan saya hilang dengan banyak kerana tidak boleh makan,” katanya kepada Harper Bazaar.
Namun wanita berusia 43 tahun yang mengumumkan kehamilannya pada Ogos lalu mengaku selera makannya agak berubah apabila lebih gemar memakan sesuatu yang manis.
Malah dalam laporan The News, dia yang tidak sabar menyambut permata sulung dalam perkahwinannya sudah membuat banyak persiapan untuk bayi bertuah itu.
“Semua dalam rumah kami sekarang adalah milik bayi. Semua adalah baby zone, tak ada satu pun untuk saya dan Karan,” katanya.
Bipasha dan Karan pertama kali bertemu di set penggambaran filem Alone pada. 2015 sebelum berkahwin pada April 2016.