Bipasha Basu Bakal Jadi Ibu Selepas Enam Tahun Berkahwin
Maliah Surip
18/08/2022 14:50 MYT
18/08/2022 14:50 MYT
Aktres terkenal Bollywood, Bipasha Basu menyampaikan berita gembira apabila mengumumkan dirinya hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya, Karan Singh Grover.
Menambah kebahagiaan pasangan ini adalah mereka akan pertama kali menjalani fasa sebagai ibu bapa setelah berkahwin selama enam tahun.
Bipasha berkongsi berita gembira itu melalui gambar dari sesi pemotretan ketika hamil bersama Karan dengan menunjukkan perutnya yang semakin membesar.
Dia juga dilihat berkongsi video lucu dengan menulis: “Ada bayi di dalam perutku”.
Bersama video tersebut, Bipasha juga menulis: “Lihat, saya menyukai perut ini (baby bump), saya hamil dan konfiden.
“Saya mencintai bentuk badan dan diri saya. Saya punya bayi di dalam perutku!”
Bintang filem itu juga mengatakan sekarang adalah masa terbaik untuk keluarga kecil mereka berdua berkembang menjadi tiga.
“Kami memulakan kehidupan sebagai individu (seorang), kemudian kami bertemu di antara satu sama lain dan menjadi dua orang. Tetapi terlalu banyak cinta untuk dikongsi oleh hanya kami berdua, jadi pafa masa akan datang kami akan berkembang menjadi tiga,” tulisnya.
Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas bertemu di set penggambaran filem Alone setahun sebelumnya. Bipasha pernah bercinta dengan aktor John Abraham selama 10 tahun namun berpisah pada 2011.