VIRAL
Bisikan Terlarang: Rasa Seperti Seluruh Badan Hilang & Kaki Jadi Kaku Bila ‘Ternampak’ Makhluk Halus
Bukan semua orang pernah melalui pengalaman seram atau misteri dalam kehidupan mereka.
Namun ada juga antara kita yang dapat melihat makhluk halus secara langsung dan pernah diganggu dengan perkara-perkara misteri.
Malah pengikut Gempak sendiri juga ada berkongsi kisah seram yang pernah dilalui mereka.
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami membuka ruang untuk pengikut berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui kisah seram ternampak makhluk halus.
Menerusi tinjauan tersebut, seorang pengikut tampil berkongsi kisah seram dia nampak makhluk halus sehingga menyebabkan kakinya menjadi kaku untuk bergerak.
Bukan itu sahaja, ada juga yang pernah ternampak ketika berada di asrama selain pernah diganggu dari pukul 11 malam hingga 3 pagi.

Kalau ternampak atau kena ganggu dengan makhluk halus ini memang buat kita jadi kaku dan sukar untuk bergerak kan.
Apa-apa pun, Gempak doakan agar semua pengikut Gempak sentiasa dilindungi Allah.
Kredit foto utama: Canva
Must-Watch Video