Suudu

Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?

gempak
Amri Hassan
19/06/2017
06:37 MYT
Sponsor Banner
Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?
Tidak meriah sambutan Aidilfitri tanpa hidangan aneka kuih dan biskut.
Saban tahun juga batas kreativiti masyarakat Malaysia terus berkembang hingga muncul pelbagai resepi dan rupa bentuk biskut raya.
Tahun ini pula giliran Biskut Ulat mencuri tumpuan!
Sekali pandang rupa biskut itu saling tak tumpah seperti ulat sagu yang popular di negeri Sarawak namun divariasikan dalam pelbagai warna.
Ada juga irasnya seperti Kuih Siput cuma setiap biji Biskut Ulat dilengkapi mata dan badan bergaris-garis.
Resepi itu mula tular apabila netizen mula berkongsi resepi dan teknik membuat Biskut Ulat di laman sosial Facebook Masak Apa Hari Ni... (MAHN) sejak hujung minggu lalu.
Ada sesetengah netizen yang menyifatkan Biskut Ulat kelihatan comel namun ada juga yang geli dan ngeri untuk dimakan.
Mesti ada antara kita yang tidak mahu terlepas menyertai fenomena Biskut Ulat tahun ini bukan? Ini resepi yang dikongsikan pengguna Mazlin Emelia Mohd Lazi:
Bahan-bahan: 3 1/2 cwn tepung jagung 1/2 cawan tepung kastard 1 cwn susu pekat manis 1 cwn buttercup 1 penutup esen vanila Pewarna hijau epal Chocolate chip kecik *setiap sukatan guna cawan yg sama besar ye
Cara-cara: 1) Gaulkan tepung jagung, tepung kastard & butter sehingga sebati - gaul pakai tangan lagi bagus. Boleh rasa kelembutan atau kekerasan doh. 2) Masukkan susu pekat & esen vanila. Gaul sebati lagi. 3) Campurkan pewarna hijau. Ikut suka la bape banyak. Janji sampai la dapat warna yg diidam2kan. *tips: kalau rasa doh tu keras, tambah buttercup sikit demi sikit. Kalau rasa doh tu lembik sgt, tambahkan tepung jagung. 4) Uli & jadikan bentuk ulat beluncas. Utk garis2 tu, gelek atas acuan kuih siput je. Utk mata, guna la choc chip tadi. Tp choc chip tu guna yg kecik tau. Kalau tak, tersembul mata beluncas tu. Haha. 5) Bakar la guna api bawah sahaja ye. 120-130 degree celcius. Tengok bawah die dah agak coklat sikit, boleh angkat. Siap! Selamat mencuba!!
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024