gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai
HIBURAN
“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
VIRAL
YouTuber Ambil Nyawa Sendiri, Tak Tahan Kena Buli Siber
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

#GempakWeeklyEdition: Konflik Keluarga Datuk Aliff Syukri - Rebecca, Yang Untungnya Netizen Malaysia

Maliah Surip
Maliah Surip
27/04/2025
18:49 MYT
Sponsor Banner
#GempakWeeklyEdition: Konflik Keluarga Datuk Aliff Syukri - Rebecca, Yang Untungnya Netizen Malaysia
Istilah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya sangat sesuai dengan banyak situasi pengguna media sosial hari ini. Sebab itu dalam hidup juga selalu ditekankan agar banyak bersabar dan jika tiada perkara yang baik untuk bercakap, lebih baik diam.
Terkadang memang benar kita ada perasaan untuk membela diri atau bersuara demi hak tetapi bagaimana mekanisme ‘memuntahkan’ kemarahan itu perlu diperhalusi. Jika tidak ia ibarat air di dulang terpercik ke muka sendiri.
Dan bahaya ‘memuntahkan’ hal-hal di media sosial adalah ia akan segera bertebaran sehingga benda baik boleh menjadi tidak elok dan perkara tidak baik pula disokong beramai-ramai mengikut definisi dan pentafsiran masing-masing.
Salah satu contoh isu yang hangat diperkatakan adalah perseteruan Rebecca Nur Al Islam dengan isteri Datin Aliff Syukri iaitu Datin Shahidah yang akhirnya telah membabitkan seluruh keluarga.
Daripada hanya isu kecil menjadi konflik sehingga timbul pelbagai fitnah. Dan kini antara isu yang mula dipersenda adalah nilai RM1.5 juta yang telah dinafikan ibu Alif, Bonda Rozita bahawa adik ipar baharunya itu ada membuat pinjaman kewangan sebanyak itu.
Sebagai seorang usahawan ia secara tidak langsung telah memberi idea buat Alif sekeluarga menggunakan isu tersebut sebagai parodi, meme dan ‘modal’ melariskan pelbagai jualannya.

BERITA TRENDING: Rebecca Kecewa Anak-Anak Terheret Dalam Isu Keluarga - “Saya Percaya Ibu Mereka Adalah…”

BERITA TRENDING: Hubungan Dengan Ibu Sudah Baik, Aliff Syukri Kongsi Momen Pertemuan Dengan Bonda Rozita - “Segala Emosi Sudah…”

Ini semua (perseteruan) yang dimulakan mereka sendiri tanpa sedar, suka atau tidak, telah memberi ‘hiburan’ kepada pengguna media sosial. Bangun pagi dan sebelum tidur malam, penulis percaya ramai yang mahu mengikut episod terkini drama mereka sama seperti menantikan episod nasib Budin dalam drama bersiri Dia Imamku.
Jadi jangan dimarah pengguna media sosial apabila ikut kepoh dan selidik semua hal kain dalam kerana yang memulakan itu kita. Yang membenarkan orang asing masuk ke kehidupan kita, juga kita. Maka itu berlapang dada menerima ‘permainan’ alam maya.
BACA SELANJUTNYA DI SINI
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Bonda Rozita
#Rebecca Nur Al-Islam
#Datin Shahida
#GWE
#Gempak Weekly Edition
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement