Hiburan
Black Hanifah Dikecam Gara-Gara Terima Bantuan? Ini Penjelasan Sebenarnya!
Penyanyi Black Hanifah terus menjadi mangsa pembulian siber apabila gambarnya memegang sekotak barangan bantuan telah disalah erti oleh sesetengah pihak.
Semuanya gara-gara satu posting di Facebook yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi tampil menghulurkan bantuan kepada Black di hadapan rumahnya.
Walaubagaimanpun, perkara itu bertentangan dengan apa sebenarnya yang berlaku kerana barang berkenaan adalah sumbangan daripada Black.
Perkara itu dijelaskan menerusi satu posting di Twitter rasmi Najwan.
"Terima kasih Black Mentor yang membantu sukarelawan Kota Anggerik menyerahkan bantuan keperluan asas kepada beberapa keluarga di sekitar Seksyen U10 Shah Alam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Semangat kesukarelawanan ini sewajarnya dicontohi," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen meminta supaya orang ramai tidak terus mengecam penyanyi berkenaan.Terima kaseh Black Mentor yg membantu tim sukarelawan @KotaAnggerik menyerahkan bantuan keperluan asas kpd beberapa keluarga di sekitar Seksyen U10, Shah Alam yg terjejas akibat #PerintahKawalanPergerakan.Semangat kesukarelawanan beliau sewajarnya dicontohi.#KitaJagaKita pic.twitter.com/JCL54RIJ68— Najwan Halimi (@NajwanHalimi) April 7, 2020
Kebanyakan mereka menganggap posting berkenaan sebagai satu fitnah dan boleh menjatuhkan aib seseorang.
Terdahulu, Black menjadi mangsa kecaman netizen apabila menyuarakan pendapat supaya golongan selebriti turut dibantu,
Walaubagaimanapun, Black akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kenyataannya itu mencetuskan ketegangan umum.
Must-Watch Video