Hiburan

“Bukan Mudah Ibu Tunggal Macam Kak Long Untuk Sentiasa Kuat…” - Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella

gempak
Mya Amri
24/10/2024
02:54 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Mudah Ibu Tunggal Macam Kak Long Untuk Sentiasa Kuat…” - Didi Astillah Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella
Pelakon, Didi Astillah memberikan kata-kata semangat buat kakaknya, penyanyi Bella Astillah untuk terus kuat mengharungi kehidupan.

Bukan mudah jadi ibu tunggal

Didi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata tidak mudah bagi seorang ibu tunggal untuk sentiasa kuat dan membesarkan dua orang anak.
“Yang kenal dan rapat dengan kaklong tahu macam mana dirinya yang sebenar.
“Adik tahu selagi ada kudrat kaklong di dunia ni, kak long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia.

“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam kak long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian, tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak kak long akan sentiasa memberi semangat untuk kak long sentiasa maju ke depan,” tulisnya.

Anak-anak sumber kekuatan Bella

Dalam pada itu, Didi juga menyatakan dua orang anak Bella iaitu Ayden dan Ara merupakan sumber kekuatan buat kakak kesayangannya itu.

“Sumber kekuatan kak long untuk selalu bertahan dengan perjuangannya, Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun. “Mereka mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup kak long.

“Teruskan apa sahaja usaha mu kaklong untuk mencari rezeki buat anak-anak mu.
“Semoga rezeki mu selalu dilancarkan, semoga segala urusan mu dipermudah, semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buat mu,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” - Ucapan Ulang Tahun Bella Buat Kekasih Adik Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN:“Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:‘Perang’ Antara Didi Astillah Dengan Aisyah Aziz, Masing-Masing Pertahan Kakak & Abang

ARTIKEL BERKAITAN:Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”

Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024