Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hollywood

Blake Lively Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Justin Baldoni, Tambah Adegan Lucah Dalam Filem

Maliah Surip 23/12/2024 | 14:55 MYT
Aktres Blake Lively memfailkan aduan undang-undang terhadap aktor Justin Baldoni kerana didakwa melakukan gangguan seksual dan menggerakkan kempen memusnahkan reputasinya.
Baldoni merupakan aktor yang menjadi hero dalam filem lakonan bersama, It End With Us.

BERITA TRENDING: Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli

Menerusi aduan yang difailkan, bintang berusia 37 tahun itu antaranya Baldono bersama penerbit, Jamey Heath berbincang mengenai ketagihan pornografi, bercakap tentang alat kelamin masing-masing, komen berbaur lucah dan menambah adegan seks dan seks oral yang tidak terdapat di dalam filem/
Lively juga mendakwa Baldoni dan tim telah ‘menyerang’ imej dirinya di hadapan khalayak kerana dia membawa bersama suami, Ryan Reynolds dalam pertemuan mereka selepas beberapa kali menerima gangguan seksual dan perlakuan buruk daripada aktor itu serta penerbit filem.
Tim Baldoni bagaimanapun menerusi kenyataan yang diberikan kepada BBC menafikan dakwaan yang dibuat Lively ke atas dirinya.

BERITA TRENDING: Blake Lively Pernah Rasa Pakaian Berjenama Tak Membantu Buang Rasa Rendah Dirinya

Pihak Baldoni malah mendakwa Lively telah mengugut untuk ‘merosakkan’ reputasi filem tersebut jika permintaannya tidak dipenuhi.
Menerusi karya romantik itu, Lively membawa karater wanita yang berada dalam hubungan toksik dan telah didera oleh kekasihnya yang dimainkan oleh Baldoni.

BERITA TRENDING: Blake Lively Bersikap Pelik Buang Semua Gambar Hanya 'Follow' Orang Nama Emily

#Hollywood #Blake Lively #Lucah #Seksual #Justin Baldoni
;