Berita
Blake Lively Bersikap Pelik Buang Semua Gambar Hanya 'Follow' Orang Nama Emily
Pelakon drama bersiri popular Gossip Girl, Blake Lively mengejutkan peminatnya selepas bertindak memadamkan semua gambar di akaun Instagramnya termasuk tidak lagi 'follow' suaminya sendiri, Ryan Reynolds.
Tindakannya itu menarik perhatian ramai peminat apatah lagi pelakon itu tidak lagi mempunyai apa-apa ‘posting’ termasuk gambar profil di akaun media sosialnya itu.
Terbaru, kira-kira sejam yang lalu dia memuat naik satu trailer filem lakonan terbarunya berjudul, A Simple Favor yang menunjukkan wataknya sebagai Emily.
Sehingga kini, Blake masih mempunyai 20.4 juta pengikut dan mengikuti 36 akaun IG lain.
Dia hanya menulis kapsyen, 'What happened to Emily?' dalam akaun IG itu.
Peminat percaya aktres itu bertindak sedemikian sebagai gimik mempromosikan filem barunya itu meskipun pelik selepas dia hanya 'follow' individu yang mempunyai nama Emily.
Plot filem barunya itu yang turut dibintangi Anna Kendrick mengisahkan misteri kehilangan seorang wanita bernama Emily Nelson dan rakan baiknya, Stephanie (Anna) berusaha menjejakinya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ryanrenolds101
Must-Watch Video