,
Laman Utama

Bob Lokman Perlu Bantuan Tampung Kos Rawatan RM60,000 – “Doktor Kata Dalam Tempoh Sebulan Saya Berisiko Mati Mengejut”

Fiza Kamarudin
28/11/2020
18:22 MYT
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman memerlukan kira-kira RM60,000 untuk kos pemasangan alat menstabilkan denyutan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD).
Bob berkata, doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak kesan parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.
"Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung.
“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu.
“Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.
Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, Bob berkata dia berisiko meninggal dunia secara mengejut.
"Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
"Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV," katanya.
Bob dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada Jumaat lalu selepas dua hari ditahan akibat masalah jantung.
Dalam pada itu Bob turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya selama ini.
"Terima kasih kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula," katanya.
Hari ini (Ahad), Bob akan menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.
Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.
Sumber/Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.