Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.

Pinjam suara

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi BoboiBoy, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada naib juara program Mentor musim pertama itu kerana pernah meminjamkan suara untuk watak dalam siri animasi berkenaan.

"Terima kasih kerana membantu kami menceriakan kanak-kanak seluruh dunia dengan meminjamkan suara untuk watak Kapten Kaizo dan Maripos.


"Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.



Berita pemergian penyanyi berusia 37 tahun terbabit disahkan oleh rakannya yang memberitahu arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang, Selangor.

BERITA TRENDING: Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Untuk rekod, Nabil pernah menyanyikan lagu seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.