Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBM2) mencatat satu lagi pencapaian hebat apabila memenangi dua anugerah ‘Laurus Film Festival’ yang berlangsung di Rusia.

Difahamkan, kemenangan tersebut diperoleh menerusi kategori ‘Best Poster’ dan ‘Best Teaser Trailer’ hasil daripada undian komiti dan juri profesional festival filem tersebut.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting terbaru Monsta Official di platform sosial media rasmi mereka, semalam.

“Tahniah! BoBoiBoy Movie 2 telah memenangi 2 anugerah dari Laurus Film Festival, Rusia,” kata pengendali akaun tersebut.

Posting berkenaan kemudian penuhi dengan ucapan tahniah peminat animasi tersebut.

Kebanyakan mereka kagum dengan pencapaian yang tidak putus-putus diraih pihak Monsta dan BoBoiBoy.

Untuk rekod BoboiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 8 Ogos tahun lalu berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 juta.

Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM7 juta itu diarahkan oleh Nizam Razak.


&nbs