Hiburan
"Bodoh Pun Percuma..." - Caprice Berang Ditanya Tentang Pengharaman Jualan Air Zamzam
Rapper dan usahawan, Caprice meluahkan rasa bengang kerana banyak menerima soalan tentang isu pengharaman jualan air zamzam.
Menurut Caprice, kebanyakan netizen yang menghantar mesej secara peribadi kepadanya telah tersalah erti isu tersebut.
Rata-rata mereka menganggap air zamzam diharamkan di Malaysia, namun sebenarnya penjualannya sahaja yang tidak dibenarkan.
Caprice berkongsi perkara itu menerusi video di entri akaun Instagram miliknya.
"Ramai yang menghantar mesej kepada saya bertanya adakah benar zamzam diharamkan? Apa yang jadi pada korang?
"Boleh tak dengar dan baca betul-betul, yang diharamkan adalah penjualan air zamzam, bukan penggunaan air zamzam," ujar Caprice dalam video tersebut.
Sementara itu, Caprice turut 'menyindir' di ruangan kapsyen.
"Bodoh pun percuma, jangan main telan je," tulisnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice turut bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.
Must-Watch Video